Monday, September 14, 2009

Mengapa Harus Memilih STU?

  1. STU merupakan salah satu Kesatuan terawal yang didaftarkan di Sabah, amnya di Malaysia.
  2. STU didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja. Mempunyai hak kesatuan seperti mengambil tindakan perusahaan, piket, hak perundingan dengan kerajaan dalam menuntut bonus, gaji dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik serta menjadi kebajikan ahli.
  3. Sepuluh Sebab Mengapa STU Harus Menjadi Pilihan Utama Guru di negeri Sabah dalam berkesatuan:
  • Kesatuan mempunyai cawangan di hampir kesemua daerah besar di Sabah dan komited dalam menangani isu permasalahan keguruan dan kebajikan ahli.
  • Menyediakan Tabung Kebajikan, Khairat Kematian yang dapat menampung keperluan keluarga jika ahli meninggal dunia. Tabung Kebajikan guru STU adalah merupakan salah satu yang terbaik di Malaysia.enyediakan Skim Insuran Perlindungan Berkelompok yang terbaik sebagai sumber utama simpanan hari tua.
  • Merupakan ahli Education International dan CUEPACS.
  • Kepimpinan yang mempunyai kepakaran dalm isu-isu profesional, perkhidmatan dan gaji.
  • Keahlian terbuka kepada guru-guru yang mengajar di negeri Sabah tanpa megira peringkat.
  • Ahli yang bersara dapat meyambung keahlian dengan STU sebagai Ahli Bersekutu untuk menikmati faedah-faedah Tabung Kebajikan dan Tabung Khairat Kematian.
  • STU mempunyai rankaian yang erat dengan agensi kerajaan seperti JPA, KWSP, KPM, JPNS untuk memudahkan sebarang urusan permasalahan yang timbul.
  • STU juga merupakn ahli kepada Permuafakatan Kesatuan Sabah Sarawak dan Permuafakatan Kesatuan Keguruan Malaysia.

No comments:

Post a Comment